Seseorang telah datang ke cabang ikhwanul muslimun di muharram bek iskandariyah, dia berumur 50 tahun, berasal dari mesir atas, memakai jubah dan sandal kulit, rambutnya lebat hingga ke bahu. Dia memperkenalkan dirinya kepada kami, Muhammad al Ansyari, dari ikhwan lama kota ismailiyyah, dia bekerja di Badan Rel Kereta api (sebagai pekerja menyambung), iaitu salah satu dari pekerja yang menyusun batang rel besi untuk kereta api. Dia hidup bersama kami dalam kunjungan-kunjungan yang kerap, namun tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pemuda-pemuda ikhwan.
Atas kehendak Allah, diumumkan kedatangan Ustaz al Banna dalam satu kunjungan ke iskandariyah. Cabang di sana menyelenggarakan perayaan besar berkenaan dengan kedatangan beliau. Ketika ustaz al Banna datang kemudian memasuki majlis, beliau terkejut dengan kehadiran Syekh Muhammad al Ansyari. Kemudian beliau menghampirinya dan memeluknya, beliau gembira dengan kehadirannya, kemudian beliau memimpinnya dan mendudukkannya di sebelah kanan beliau bersama tokoh-tokoh ikhwan, pensyarah universiti, dan tokoh-tokoh masyarakat lainnya. Peristiwa itu mengalih perhatian para ikhwah dan mereka hairan bagaimana boleh Syekh Muhammad al Ansyari boleh hidup bersama mereka. Ketika ustaz al banna berdiri untuk memberikan ucapannya, beliau berkata, “Hari ini telah hadir bersama kita, ikhwan pada masa-masa awal dakwah ini, dan mereka yang telah berikrar pertama kali, iaitu yang mulis Syekh Muhammad al Ansyari yang telah mendampingi saya ketika dakwah di ismailiyah.” Itulah ucapan salam hangat bagi seorang yang tawadhuk dan merupakan pelajaran yang berharga tentang persaudaraan di jalan Allah, serta menjadikan persaudaraan itu segala-galanya. Jauh dari penampilan-penampilan luar, berapa banyak yang berpakaian compang-camping, berdebu, tetapi kalau dia sudah bersumpah atas nama Allah, tentulah ia dikabulkan.
Sebulan selepas itu, ustaz al banna memimpin rombongan besar dari penduduk kairo, rombongan dari azhar menuju continental untuk menyatakan kesediaan jemaah ikhwanul muslimin sebagai sukarelawan sebanyak puluhan ribu orang untuk membebaskan negeri palestin. Dan peristiwa itu terjadi di hadapan pemimpin-pemimpin besar arab. Ketika dalam perjalanan demonstrasi rakyat terbesar itu, polis menembakkan senjata apinya terkena tangan ustaz al banna. Pada kejadian itu juga, Syekh Muhammad al Ansyari gugur sebagai syuhada. Semoga Allah merahmatinya.